LATAR BELAKANG
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan ditubuhkan pada 27 Oktober 1990. Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang berdaya maju, berdaya saing, dan berdaya mampan, khususnya di dalam sektor perdagangan pengedaran.
Sektor perdagangan pengedaran adalah antara penyumbang utama KDNK negara dan ia bertindak sebagai benteng kestabilan ekonomi, terutama semasa situasi ekonomi luaran berada di dalam keadaan ketidak tentuan. Perdagangan pengedaran perlu kukuh bagi menampan sebarang ketidak stabilan dalam ekonomi negara.
Dalam masa yang sama, Kementerian juga komited dalam melindungi kepentingan dan hak-hak pengguna. Ini termasuk membangunkan ekosistem pengguna dan peniaga yang bersifat melengkapi dan ke arah self-regulated, seiring dengan aspirasi ke arah masyarakat negara maju. Ia diharapkan akan melahirkan pengguna dan peniaga yang matang dan beretika dalam berurusniaga, dan hasilnya adalah negara yang seimbang dari segi ekonomi dan sosial.
Peranan dan fungsi Kementerian telah diperluaskan pada tahun 2009 untuk merangkumi sektor francais dan koperasi.
FUNGSI KPDNKK
KPDNKK menggubal dasar, strategi dan mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan perdagangan dalam negeri, khususnya dalam Sektor Perdagangan Pengedaran dan Kepenggunaan.
Bidang Tugas Kementerian:
(i) Perdagangan Dalam Negeri
-Membangunkan peluang perniagaan dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat melalui profil pemborongan dan peruncitan, koperasi, francais, jualan langsung, penjaja dan peniaga kecil dan sektor hiliran petroleum;
-Menentukan dan memantau harga barang-barang perlu;
-Mengawalselia penjualan dan pengedaran barang-barang perlu, barangan petroleum dan petrokimia, dan urusniaga jualan langsung;
-Melaksanakan peraturan timbang dan sukat;
-Menyelaras perkara mengenai perbadanan, syarikat dan perniagaan mengikut akta berkaitan;
-Menggalakkan amalan tadbir urus korporat yang baik;dan
-Mentadbir dan membangunkan Sistem Perlindungan Harta Intelek.
(ii) Koperasi
-Mengubal dasar-dasar sektor koperasi;
-Mengawalselia sektor koperasi (Akta Koperasi 1993);
-Melaksanakan projek dan program pembangunan; dan
-Melaksana latihan sektor koperasi.
(iii) Kepenggunaan
-Melaksanakan program pendidikan pengguna;
-Memperkukuhkan program kesedaran pengguna dan perlindungan pengguna; dan
-Menggalakkan dan membantu gerakan kepenggunaan.
VISI & MISI
KPDNKK sedang mengorak langkah ke arah menjadi Kementerian premier negara sebagai ‘Caring Ministry’.Ia dipandu oleh visinya iaitu ‘Perdagangan Domestik Tunjang Ekonomi Berpendapatan Tinggi’.
Terdapat 3 misi Kementerian iaitu:
-Menggerakkan sektor domestik utama yang berdaya saing, progresif dan mampan;
-Ekonomi domestik berasaskan persaingan adil dan inovatif; dan
-Membangunkan ekosistem perdagangan berasaskan etika dan kepentingan pengguna.
Perancangan Strategik KPDNKK adalah terangkum di dalam 3 pelan iaitu Pelan Strategik 2013-2020, Pelan Hala Tuju 2015-2020 iaitu working document bagi Pelan Strategik 2013-2020 dan Pelan Transformasi 2016.
MOTTO KEMENTERIAN
“PERDAGANGAN SIHAT PENGGUNA BERKAT”
NILAI TERAS KEMENTERIAN
-Bekerjasama
-Amanah
-Komited
-Adil
No comments:
Post a Comment